Diriwayatkan
dari Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Orang yang bertaubat dari dosa adalah seperti orang
yang tidak berdosa, dan jika Allah mencintai seorang hamba, nescaya dosa tidak
melekat pada dirinya."
Ketika
beliau ditanya: “Wahai Rasulullah, apa tandanya taubat?”,
Rasulullah SAW menjawab: “Menyesali
kesalahan.”
Anas
bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sesuatu
yang lebih dicintai oleh Allah selain pemuda yang bertaubat.”
Makna
taubat dalam bahasa Arab adalah ‘kembali’
– ia merupakan tingkat pertama di antara maqam yang ditempuh oleh sufi,
dan tahap pertama di antara tahap-tahap yang dicapai oleh salik (si penempuh
jalan Allah).
Sebuah
hadis mengatakan: “Pengingat Tuhan di
dalam hati setiap insan adalah Muslim.” Abu Hafs Al-Haddad
mengatakan: “Saya meninggalkan suatu
perbuatan tercela, lalu kembali kepadanya. Kemudian perbuatan itu meninggalkan
saya, dan sesudah itu saya tidak kembali kepadanya.”
Syeikh
Abu Ali Al-Daqqaq mengatakan: “Salah seorang murid bertaubat, kemudian
menerima ujian. Dia bertanya-tanya di dalam hati: “Jika saya bertaubat,
bagaimanakah keadaan saya nanti?” Syeikh Abu Ali Al-Daqqaq pula
mengatakan: Taubat dibahagikan menjadi 3
tahap: tahap pertama adalah tawbah (taubat), tahap kedua adalah inabah
(berpaling kepada Tuhan), dan tahap akhir adalah awbah (kembali).
Syeikh Al-Junaid Al-Baghdadi mengatakan: “Taubat mempunyai 3 makna. Pertama menyesali kesalahan; kedua tetap hati untuk tidak mengulang kembali kepada apa yang telah dilarang oleh Allah SWT, dan ketiga adalah menyelesaikan keluhan orang terhadap dirinya.”
Syeikh Al-Junaid Al-Baghdadi mengatakan: “Taubat mempunyai 3 makna. Pertama menyesali kesalahan; kedua tetap hati untuk tidak mengulang kembali kepada apa yang telah dilarang oleh Allah SWT, dan ketiga adalah menyelesaikan keluhan orang terhadap dirinya.”
Sahl
Ibn Abdullah menyatakan: “Taubat adalah
menghentikan sikap suka menunda-nunda.” Al-Harith pula
menegaskan: “Saya tidak pernah mengatakan: “Wahai Tuhanku, aku
memohon ampunan-Mu.’ Saya mengatakan: ‘Kurniakan kepadaku, wahai Tuhan, kerinduan untuk bertaubat.’
Al-Junaid
mengunjungi As-Sari Saqathy pada suatu hari, dan mendapatinya sedang
kebingungan. Beliau bertanya: “Apa yang terjadi atas dirimu?”
As-Sari menjawab: “Aku bertemu dengan seorang pemuda, dan dia bertanya
tentang taubat kepadaku. Ku beritahu dia – ‘Taubat adalah engkau tidak melupakan dosa-dosamu.’
Lantas beliau menegurku dengan mengatakan: ‘Taubat adalah bahawa engkau benar-benar melupakan dosa-dosamu.’
Al-Junaid mengatakan bahawa yang dikatakan oleh pemuda itulah yang benar.
As-Sari bertanya kepadanya mengapa beliau berpendapat seperti itu. Al-Junaid
menjawab: ‘Kerana apabila aku kafir dan
kemudian Dia membimbingku menjadi Muslim, maka ingatan akan kekafiran dalam
taubat merupakan kekafiran.’ As-Sari lalu terdiam. Al-Junaid
merujuk taubatnya orang-orang yang telah mencapai kebenaran, yang tidak ingat
akan dosa-dosa mereka lagi kerana keagungan Allah SWT telah menguasai hati
mereka, dan zikir yang terus mereka lakukan.
Menurut
Ruwaym: Ia adalah taubat dari taubat.
Dzun
Nun Al-Mishri memberi penjelasan: “Taubat
dari kalangan orang awam adalah taubat dari dosa, dan taubat kaum terpilih
adalah taubat dari kealpaan.”
Abul
Hussain An-Nuri mengatakan: “Taubat adalah bahawa engkau berpaling dari
segala sesuatu selain Allah SWT.”
Yahya
bin Muaz berdoa: “Wahai Tuhanku, aku
tidak mengatakan bahawa aku telah bertaubat. Aku tidak kembali kepada-Mu
disebabkan sesuatu yang menurutku adalah kecenderunganku, aku tidak bersumpah
bahawa aku tidak akan berbuat dosa lagi, kerana aku mengetahui kelemahanku
sendiri. Aku tidak mengatakan bahawa aku kembali kepada-Mu kerana boleh jadi
aku mati sebelum kembali dengan sungguh-sungguh.”
Dzun
Nun mengatakan: “Permohonan keampunan
diajukan dengan tidak disertai kehati-hatian adalah taubatnya para pendusta.”
Ketika
Ibn Yazdanyar ditanya tentang prinsip-prinsip yang menjadi asas perjalanan
seorang hamba menuju Tuhan, beliau menjawab: “Prinsip-prinsip yang engkau maksudkan ialah bahawa dia tidak kembali
kepada sesuatu yang telah dia tinggalkan, tidak meminta segala sesuatu selain
Yang Esa yang kepada Nya dia menuju, dan menjaga lubuk hatinya dari
menginginkan sesuatu yang darinya dia telah menjauhkan diri.”
“Taubat ialah saat di mana engkau mengingat dosa dan
tidak menemukan kemanisan di dalamnya.”, kata Al-Bunsyanji.
Perasaan
taubat adalah bahawa bumi ini terlalu sempit meskipun ia luas sehingga kita
tidak menjumpai tempat untuk beristirahat. Lalu kita merasakan jiwa kita
terbatas, kerana Allah SWT telah berfirman: “Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka,
hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan
jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah
mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan
kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam
taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
(QS At-Taubah:118)
Ibn
Atha’ mengatakan “Terdapat dua
jenis taubat: inabah (kembali) dan istijabah (menjawab atau memenuhi). Dalam
inabah, seorang hamba bertaubat kerana takut akan hukuman; dalam istijabah, dia
bertaubat kerana malu akan kemurahan-Nya."
Abu
Hafs mengatakan: “Seorang hamba tidak
bersangkut paut dengan taubat. Taubat datang kepadanya, bukan dari dirinya.”
Abu Hafs ditanya: “Mengapa orang-orang bertaubat membenci dunia?”
Beliau menjawab: “Kerana ia merupakan tempat dosa-dosa dikejar.”
Dan dikatakan kepadanya: “Ia juga tempat tinggal yang dijunjung tinggi
oleh Tuhan dengan taubat. Beliau mengatakan: “Pendosa mendapatkan keyakinan dari dosanya, tetapi mendapatkan bahaya
dari penerimaan atas taubatnya.”
Diriwayatkan
bahawa Allah SWT berfirman kepada Adam: “Wahai Adam, Aku telah mewariskan anak cucumu beban dan penderitaan. Aku
juga telah mewariskan kepada mereka taubat. Aku menjawab seorang di antara
mereka, yang berdoa dengan sungguh-sungguh kepada Ku sebagaimana kamu telah
berdoa kepada-Ku, sama sebagaimana Aku menjawabmu. Wahai Adam, Aku akan
membangkitkan orang-orang yang bertaubat dari kubur-kubur mereka dalam keadaan
gembira; doa mereka akan Ku-jawab.”
Diriwayatkan
seseorang telah bertanya kepada Rabiatul Adawiyah: "Saya telah sering berbuat
dosa dan menjadi semakin tidak taat. Tetapi, apabila saya bertaubat, apakah Dia
akan mengampuninya?" Rabiatul Adawiyah menjawab: "Tidak!, tetapi apabila Dia mengampunimu, maka engkau
akan bertaubat."
Nabi Muhammad SAW bertaubat secara berterusan. Baginda mengatakan: “Hatiku suram, oleh kerana itu aku memohon ampunan Allah 70 kali dalam sehari.”
Nabi Muhammad SAW bertaubat secara berterusan. Baginda mengatakan: “Hatiku suram, oleh kerana itu aku memohon ampunan Allah 70 kali dalam sehari.”
Yahya
bin Muaz RA menyatakan: “Satu
pelanggaran saja sesudah taubat lebih patut ditakuti berbanding 70 pelanggaran
sebelum taubat.”
"Katakanlah kepada orang-orang laki-laki yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang
demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
apa yang mereka perbuat." (QS An-Nur: 30)
"Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah
mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa)
nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan
janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah
mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami
mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki
mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam,
atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak
mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti
tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (QS
An-Nur: 31)
"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah:
“Haid itu adalah suatu kotoran”, oleh sebab itu hendaklah kamu
menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka,
sebelum mereka suci. apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di
tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(QS Al-Baqarah:222)
"Hanya orang-orang yang mendengar sajalah yang
mematuhi, dan orang-orang yang mati (hatinya), akan dibangkitkan oleh Allah,
kemudian kepada-Nya-lah mereka dikembalikan." (QS Al-An'am:36)
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment