Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga
tempat-tempat lain.
Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan
teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan
pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke
penjuru lain yang di tuju dan baca:
- Ini tembok Nabi Sulaiman
- Dalamnya laut luarnya kota
- Kalau kamu pecah kota ini
- Kamu akan berenang dalam laut.
Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah,
al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.
Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca
ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang
jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi
tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri
diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru
ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.
Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan,
pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di
bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk
tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas
rumah tadi.
Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah
dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang
luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.
Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR.
No comments:
Post a Comment