Nikmat itu terbahagi tiga:
1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba.
2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba.
3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya.
Apabila
Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan
mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang
kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.
Syukur
itu
akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat
hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan.
Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.
Kemudian Allah akan menunjukkan
kepadanya jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan
menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia
menjauhi jalan itu.
Apabila
dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap
nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya.
Diceritakan
bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata:
"Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang
dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat
yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa
mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu
kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu
mensyukurinya."
-Ibnul Qayyim al-Jauzi
No comments:
Post a Comment