1. SALIMUL AQIDAH: Bersih Akidahnya dari sesuatu hal yang
mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.
2. SHAHIHUL IBADAH: Benar Ibadahnya menurut AlQur'an dan Assunnah
serta jauh dari segala Bid'ah yang dapat menyesatkannya.
3. MATINUL KHULUQ: Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah
keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang
bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).
4. QOWIYUL JISMI: Kuat Fizikalnya sehingga dapat mengatur segala
kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah dari Allah SWT.
5. MUTSAQOFUL FIKRI: Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu
menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi
disekitarnya.
6. QODIRUN 'ALAL KASBI: Mampu berusaha sehingga menjadikannya
seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang
lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.
7. MUJAHIDUN LINAFSIHI: Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga
menjadikannya seseorang yang dapat memaksimakan setiap kesempatan
ataupun kejadian sehingga memberi kesan baik pada dirinya ataupun
orang lain.
8. HARITSUN 'ALA WAQTIHI: Efisien dalam memanfaatkan waktunya
sehingga menjadikannya sebagai seorang yang pantang mensia-siakan
waktu untuk melakukan kebaikan, walau sesaatpun. kerana waktu yang
kita gunakan sepanjang hidup ini akan dipertanggungjawabkan
dihadapan Allah SWT.
9. MUNAZHOM FII SU'UNIHI: Tertib dalam urusannya sehingga menjadikan
kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab
dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik
dengan cara yang baik.
10. NAAFI'UN LI GHAIRIHI: Bermanfaat bagi orang lain, sehingga
menjadikannya seseorang yang bermanfaat dan diperlukan.
No comments:
Post a Comment