Sunday 15 July 2012

Menentukan Berat Badan Sesuai

Tahukah anda bagaimana hendak menentukan berat badan yang sesuai untuk diri anda? Ini dia satu cara mudah untuk menentukan berat badan yang sesuai.

Untuk Perempuan: Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.

Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana. Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu diubah. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Untuk Lelaki: Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki adalah 106 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun. Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil,sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu pinda berat badan seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Contoh: Tinggi saya 5 kaki 8 inci dan ukur lilit pergelangan tangan saya lebih 7 inci. Jadi berat badan yang sesuai untuk saya ialah (106 + (8 x 6)) x 1.1 = 170 paun (77 kg).

OK, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk anda.Satu dari rahsia untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah mempunyai berat badan yang sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi dari berat sesuai, lakukanlah senaman untuk membakar lemak yang tidak diperlukan.

Kanser Payudara - Punca, Gejala dan Rawatan

1. Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

2. Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

3. Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

4. Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

5. Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol Puncanya?

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Rujukan:
Buku "What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine May Be Killing You (Apa Yang Doktor Anda Tidak Ketahui Mengenai Ubat Pemakanan Mungkin Membunuh Anda)" karangan Dr. Ray Strand, seorang doktor perubatan.

Beliau menulis buku tersebut selepas mengkaji lebih dari 1,300 kajian klinikal yang diterbitkan di dalam jurnal perubatan terkenal. Apa yang mendorong beliau membuat kajian tersebut adalah setelah melihat isterinya, Liz, sembuh dari penyakit fibromialgia apabila mengambil pemakanan tambahan tertentu. Pakar perubatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit Liz dan  Dr. Strand sendiri tidak tahu apa yang beliau boleh lakukan untuk menolongnya. Melihat keadaan isterinya yang begitu menderita dan tiada apa lagi yang beliau boleh lakukan, beliau pun membenarkan Liz mencari rawatan alternatif.

Wednesday 4 April 2012

Surah Al-Kausar'

 
Surat Al-Kawthar (The Abundance) - سورة الكوثر
بسم الله الرحمن الرحيم

108:1

108:2

108:3


 
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan diMakkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu  permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan  Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika  menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi  dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu.Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.
 

Thursday 29 March 2012

Tentang SYUKUR

Bersyukurlah

Al-Baqarah [152] Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan;  dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur.

Al-Baqarah [172] Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, danbersyukurlah kepada Allah,  jika betul kamu beribadat kepada-Nya.

An-Nahl [114] Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik,  dan bersyukurlah akan nikmat Allah,  jika benar kamu menyembah-Nya.

Saba [15] Sesungguhnya bagi penduduk Saba, ada tanda-tanda yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kebun,  yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negerimu adalah negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun!

Al-Ankabut [17] Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala bukan menyembah Allah,  dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta.  Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepada-Nya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.

Luqman [12] Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan,  (serta Kami perintahkan kepadanya):Bersyukurlah kepada Allah Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya, dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya,  lagi Maha Terpuji.

Luqman [14] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.

Sedikit sahaja yang bersyukur

Al-Mukminun [78] Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati untuk kamu bersyukur; tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

Saba [13] Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur.

Al-Aadiyat [6] Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

Can you read it ?

I CAN READ IT! CAN YOU?
Ada sesiapa yg boleh baca ni?


(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.

ONLY FORWARD IF YOU CAN READ THIS

Wednesday 28 March 2012

Bunga Bakawali



Gambar Bunga Bakawali yang jarang dilihat, hanya kembang tepat 12:00 malam selama 3 jam
















ANDA  ANTARA YANG BERTUAH DAPAT MELIHAT KEAJAIBAN DUNIA. ..

SEBARKAN PADA MEREKA BELUM MELIHAT YER.................!!!

Kahwin Pun Penuh Dosa,Macam Mana Nak Tarik Isteri Masuk Syurga?

cid:157502702@24122010-033A

Bagaimana kita nak bahagia kalau ikatan perkahwinan kita sejak mula lagi dipenuhi dengan benda2 yang sesat dan salah? Kat bawah ni aku senaraikan benda2 yang aku nampak (dan ada yang aku dah terbuat) yang jelas salah dari segi permintaan agama.

1. Bab balas membalas hantaran

Lelaki bagi 3, perempuan kena bagi 5. Lelaki bagi 7,perempuan kena bagi 9...perempuan mesti bagi lebih. Apa benda tu? Mana datangnya kepercayaan sesat dan karut ni? Kalau nak bagi hadiah, bagi, kalau mampu bagi banyak, bagi tak mampu jangan paksa. Jangan sampai satu pihak terpaksa buat loan bank semata-mata nak penuhi syarat sesat camni. Ikut kepercayaan bodoh orang Melayu..nombor genap memberikan nasib yang tidak elok,sebab tu pakai nombor ganjil...bodooooo...jangan ikut. Kalau mampu 4,bagi empat. Kalau mampu bagi 28, bagi 28.

2. Duit hantaran

Makin tinggi pendidikan anak gadis, makin mahal lah hantaran yang perlu dibayar. Ini selalunya golongan mak2 lah yang kisah benar, tak nak malu dengan orang kampung. Siap banding-banding lagi..tak nak kalah dengan jiran.Yang bapaknya selalu tak kisah..tapi mak dialah yang selalu menang argument tu. Benda ni hadiah aje....kalau bakal pengantin lelaki kata "saya tak nak bagi la sebab takde pun dalam rukun nikah.." camne? Nak tuduh dia kurang ajar tak boleh...........dia betul.

3. Sebelum kahwin dah membazir

Di sini lah selalunya yang paling obvious.Selalunya yang terbeban,mak bapak atau bakal suami. Anak perempuan mintak kenduri dia grand-grand,nak kena ada itu ini,nak kena jadi macam puteri raja.Kalau mak bapak dia jenis orang susah,selalunya parents akan guna duit hantaran untuk buat kenduri. Kalau duit tak cukup,beban dah jatuh dekat bakal suami.Semua sebab nak pastikan majlis tu gilang gemilang.Bakal suami pun terpaksa la bekerja keras siang-siang dan jual burger malam-malam...kerja macam orang gila setahun dua....hasilnya pakai untuk sehari,dua hari...lepas kahwin,rumah sewa...peti ais pun tak ada.

4. Bersanding

Dan berbanggalah sang suami mempamerkan isterinya yang sudah jadi hak miliknya kepada semua tetamu,lihatlah isteriku,lihatlah dia,cantikkan dia?Dia milik aku kini,kecantikannya bukan hanya untuk aku seorang...gembiranya aku kerana dapat berkongsi kecantikan isteri ku bersama kalian semua.

5. Merenjis dan bertepung tawar

Ini budaya agama Hindu.... jangan sesekali buat.Menghampiri syirik benda ni sebab tujuan asal dia adalah sebuah cleansing ceremony untuk orang Hindu.

6. Berinai di lengan

Nak pakai inai..pakai..tapi hanya boleh dihujung jari.Itu aje boleh ikut agama.Yang kau pegi buat corak-corak kerawang,corak daun,corak batik sampai dekat lengan tu apa pasal?Berdosa tu sebab anda cuba menyerupai budaya agama Hindu lagi sekali.Keperluan agama dia,biar dia buat..kita jangan amalkan.

7. Karaoke

Majlis kahwin mana tak sah kalau takde karaoke.Yang lagi best,DJ panggil pengantin suruh nyanyi...tambah lagi kesalahan kat situ.Aku ada tulis respon komen..."Perempuan baca Al-Quran dekat Tilawah suara merdu lunak2 pun haram ni lagi la nak menyanyi.."

8. Cukur kening

Kalau gadis2 yang selama ni tak pernah cukur kening,ni lah masanya dia kena decide...nak jadi lagi lawa dan tambah dosa atau nak maintain macam biasa dan tak nak dosa.Kebanyakannya anggap ni lah masanya dia nak wajah dia jadi perfect,jadi merelakanlah kening dicukur oleh tukang make up pondan.Disentuh lelaki tak kiralah dia pondan ke tidak..tu dah jadi satu lagi benda salah.

9. Baju ketat dan berkain jarang

Baju kahwin nampak macam dah tutup aurat..tapi tengok betul2 eh,ketat..nampak cutting badan.Tengok lama2 sket lagi...aiseh..nampak lengan...padahal sebelum tu tak pernah pun pakai baju yang nampak lengan.Kahwin punya pasal...takdehal...sehari aje....bukan selalu...esok tutup la balik lengan.Trend punya pasal...kalau kau pegi kedai,tanya ada tak baju2 yang longgar,tak ikut shape..jawapan dia mudah,"Eh!Tak lawa la baju camtu dik! Kahwin ni kena cantik2!" Cerita benar.....aku dah kena.....Baju longgar = Tak cantik...Melayu punya otak...

10. Perhiasan lelaki

Kalau tengok baju songket,mesti ada rantai2 dan tah hapa2 benda lagi tah yang kena pakai.Apa relevannya keris,rantai dan tengkolok dengan majlis perkawinan ikut upacara Islam?
Apa pasal bila kahwin lelaki kena pakai rantai?


11. Budaya photographer

Aku dah tulis pasal budaya pre-wedding dulu.Kali ni,aku hanya nak sebut sikit aje...aku jarang jumpa photographer perempuan,kecuali seorang dua yang famous.Jadi bila aku belek2 sample album wedding yang member aku buat (aku ramai kawan yang buat benda ni) mesti ada shot tengah make up.Tengah tak pakai tudung.Bila aku tanya member aku,"macam mana groom dia bagi kau masuk ambik gambar bride tengah make up?" Member aku kata pengantin lelaki selamba aje bagi permission.Aku yang tengok album tu dah kongsi salah,photographer tu dah kongsi..yang tanggung beratnya,suami tadi la.Dia bagi...itupun kalau dah nikah.Kalau tak nikah lagi?Abah kau lah tanggung.

12.  Budaya proposal

Aku tengok sekarang makin ramai orang Melayu yang dok terikut-ikut style orang putih buat proposal dekat gelfren.Kalau jadi depan aku masa aku tengah makan,aku baling dengan gelas kalau kau Melayu.Kita mana ada proposal2 ni...kau nak kahwin..gi tanya bapak dia.Bapak dia kata ok,baru kau tanya dia,"Will U marry me?"

13. Upacara membatalkan air semayang

Apakah relevannya?Tunjuk dekat public supaya orang ramai tengok "oohh...tengok la tengok,aku nak sentuh tangan isteri aku first time ni..tengok tengok la.." ....itupun kalau first time pegang la.....kalau dah biasa pegang2...."ooh..tengok la..tengok la...aku takde rasa apa2 pun pegang tangan wife aku ni sebab sebelum ni dah biasa pegang...kagum la....snap la gambar kitorang tengah berlakon suci ni..."
..............
Masyarakat kita sekarang,adat dengan adab tu dah bercampur gaul,sampai tak tau apa beza dia,mana satu kena ikut,mana satu kena tinggal.Kadang-kadang oleh kerana restrictions adat Melayu yang karut dan tahyul tu la yang menyusahkan pasangan Islam ni nak kahwin.Daripada simple,jadi complicated,daripada sangat affordable...jadi sesuatu yang membebankan pasangan sehingga ke hari tua.

Semua pasangan yang dah berkahwin pasti nak tak nak ada jugak terpikul beban kesalahan ikut senarai di atas,sama ada dari segi material atau dari segi spiritual.

Macam mana kita tak bercerai berai kalau sejak dari mula kita kahwin,kita dah mulakan dengan buat bermacam jenis benda yang go against agama?Sebelum kita terlambat...apa kata kita cuba tinggalkan benda2 karut marut ni dan buat apa yang perlu dan wajib sahaja.

Bagus anak perempuan bersuami cepat
Daripada dok berdating merata tempat.
Karang ada budak lelaki rembat,
Baru gelabah seluar anak jadi sendat 

 Sambutlah menantu sekadar mampu,
Agar bahagia ke anak cucu,
Macam mana laki kau tak jadi kutu?
Beribu habis dapatnya hantu


Yang laki pulak terikut setan
Belum kahwin dah bengong setandan
Selalu sangat layan 3GP Melayu
Bakal mertua dipanggil "daddyku!" 

 
Kita ada peluang nak membetulkan kesilapan mak bapak,datuk nenek kita.
Gunakanlah peluang tu sebaiknya.
Aku tau apa yang aku tulis ni ada orang yang tak peduli
langsung sebab ada istilah orang putih


"Whatever the bride wants,she gets it.."


....tapi kita bukan orang putih.

Orang putih banyak duit.Gaji $2500 kereta $12,000.
Orang kita gaji RM2500,kereta RM48,000.

10 Sifat Peribadi Seorang Muslim


1. SALIMUL AQIDAH: Bersih Akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.

2. SHAHIHUL IBADAH: Benar Ibadahnya menurut AlQur'an dan Assunnah serta jauh dari segala Bid'ah yang dapat menyesatkannya.

3. MATINUL KHULUQ: Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).

4. QOWIYUL JISMI: Kuat Fizikalnya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah dari Allah SWT.

5. MUTSAQOFUL FIKRI: Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.

6. QODIRUN 'ALAL KASBI: Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.

7. MUJAHIDUN LINAFSIHI: Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat memaksimakan setiap kesempatan ataupun kejadian sehingga memberi kesan baik pada dirinya ataupun orang lain.

8. HARITSUN 'ALA WAQTIHI: Efisien dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya sebagai seorang yang pantang mensia-siakan waktu untuk melakukan kebaikan, walau sesaatpun. kerana waktu yang kita gunakan sepanjang hidup ini akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT.

9. MUNAZHOM FII SU'UNIHI: Tertib dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.

10. NAAFI'UN LI GHAIRIHI: Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seseorang yang bermanfaat dan diperlukan.

Pagar atau pendinding rumah.

Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.

Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:
  • Ini tembok Nabi Sulaiman
  • Dalamnya laut luarnya kota
  • Kalau kamu pecah kota ini
  • Kamu akan berenang dalam laut.
Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.


yasin1to9.jpg

Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.

Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR.

TAUBAT.......

by Tigosotigo

Diriwayatkan dari Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Orang yang bertaubat dari dosa adalah seperti orang yang tidak berdosa, dan jika Allah mencintai seorang hamba, nescaya dosa tidak melekat pada dirinya."
Ketika beliau ditanya: “Wahai Rasulullah, apa tandanya taubat?”, Rasulullah SAW menjawab: “Menyesali kesalahan.”
Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sesuatu yang lebih dicintai oleh Allah selain pemuda yang bertaubat.”
Makna taubat dalam bahasa Arab adalah ‘kembali’ – ia merupakan tingkat pertama di antara maqam yang ditempuh oleh sufi, dan tahap pertama di antara tahap-tahap yang dicapai oleh salik (si penempuh jalan Allah).
Sebuah hadis mengatakan: “Pengingat Tuhan di dalam hati setiap insan adalah Muslim.” Abu Hafs Al-Haddad mengatakan: “Saya meninggalkan suatu perbuatan tercela, lalu kembali kepadanya. Kemudian perbuatan itu meninggalkan saya, dan sesudah itu saya tidak kembali kepadanya.”
Syeikh Abu Ali Al-Daqqaq mengatakan: “Salah seorang murid bertaubat, kemudian menerima ujian. Dia bertanya-tanya di dalam hati: “Jika saya bertaubat, bagaimanakah keadaan saya nanti?” Syeikh Abu Ali Al-Daqqaq pula mengatakan: Taubat dibahagikan menjadi 3 tahap: tahap pertama adalah tawbah (taubat), tahap kedua adalah inabah (berpaling kepada Tuhan), dan tahap akhir adalah awbah (kembali).

Syeikh Al-Junaid Al-Baghdadi mengatakan: “Taubat mempunyai 3 makna. Pertama menyesali kesalahan; kedua tetap hati untuk tidak mengulang kembali kepada apa yang telah dilarang oleh Allah SWT, dan ketiga adalah menyelesaikan keluhan orang terhadap dirinya.”
Sahl Ibn Abdullah menyatakan: “Taubat adalah menghentikan sikap suka menunda-nunda.” Al-Harith pula menegaskan: “Saya tidak pernah mengatakan: “Wahai Tuhanku, aku memohon ampunan-Mu.’ Saya mengatakan: ‘Kurniakan kepadaku, wahai Tuhan, kerinduan untuk bertaubat.’
Al-Junaid mengunjungi As-Sari Saqathy pada suatu hari, dan mendapatinya sedang kebingungan. Beliau bertanya: “Apa yang terjadi atas dirimu?” As-Sari menjawab: “Aku bertemu dengan seorang pemuda, dan dia bertanya tentang taubat kepadaku. Ku beritahu dia – ‘Taubat adalah engkau tidak melupakan dosa-dosamu.’ Lantas beliau menegurku dengan mengatakan: ‘Taubat adalah bahawa engkau benar-benar melupakan dosa-dosamu.’ Al-Junaid mengatakan bahawa yang dikatakan oleh pemuda itulah yang benar. As-Sari bertanya kepadanya mengapa beliau berpendapat seperti itu. Al-Junaid menjawab: ‘Kerana apabila aku kafir dan kemudian Dia membimbingku menjadi Muslim, maka ingatan akan kekafiran dalam taubat merupakan kekafiran.’ As-Sari lalu terdiam. Al-Junaid merujuk taubatnya orang-orang yang telah mencapai kebenaran, yang tidak ingat akan dosa-dosa mereka lagi kerana keagungan Allah SWT telah menguasai hati mereka, dan zikir yang terus mereka lakukan.
Menurut Ruwaym: Ia adalah taubat dari taubat.
Dzun Nun Al-Mishri memberi penjelasan: “Taubat dari kalangan orang awam adalah taubat dari dosa, dan taubat kaum terpilih adalah taubat dari kealpaan.”
Abul Hussain An-Nuri mengatakan: “Taubat adalah bahawa engkau berpaling dari segala sesuatu selain Allah SWT.”
Yahya bin Muaz berdoa: “Wahai Tuhanku, aku tidak mengatakan bahawa aku telah bertaubat. Aku tidak kembali kepada-Mu disebabkan sesuatu yang menurutku adalah kecenderunganku, aku tidak bersumpah bahawa aku tidak akan berbuat dosa lagi, kerana aku mengetahui kelemahanku sendiri. Aku tidak mengatakan bahawa aku kembali kepada-Mu kerana boleh jadi aku mati sebelum kembali dengan sungguh-sungguh.”
Dzun Nun mengatakan: “Permohonan keampunan diajukan dengan tidak disertai kehati-hatian adalah taubatnya para pendusta.”
Ketika Ibn Yazdanyar ditanya tentang prinsip-prinsip yang menjadi asas perjalanan seorang hamba menuju Tuhan, beliau menjawab: “Prinsip-prinsip yang engkau maksudkan ialah bahawa dia tidak kembali kepada sesuatu yang telah dia tinggalkan, tidak meminta segala sesuatu selain Yang Esa yang kepada Nya dia menuju, dan menjaga lubuk hatinya dari menginginkan sesuatu yang darinya dia telah menjauhkan diri.”
Taubat ialah saat di mana engkau mengingat dosa dan tidak menemukan kemanisan di dalamnya.”, kata Al-Bunsyanji.
Perasaan taubat adalah bahawa bumi ini terlalu sempit meskipun ia luas sehingga kita tidak menjumpai tempat untuk beristirahat. Lalu kita merasakan jiwa kita terbatas, kerana Allah SWT telah berfirman: “Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (QS At-Taubah:118)
Ibn Atha’ mengatakan “Terdapat dua jenis taubat: inabah (kembali) dan istijabah (menjawab atau memenuhi). Dalam inabah, seorang hamba bertaubat kerana takut akan hukuman; dalam istijabah, dia bertaubat kerana malu akan kemurahan-Nya."
Abu Hafs mengatakan: “Seorang hamba tidak bersangkut paut dengan taubat. Taubat datang kepadanya, bukan dari dirinya.” Abu Hafs ditanya: “Mengapa orang-orang bertaubat membenci dunia?” Beliau menjawab: “Kerana ia merupakan tempat dosa-dosa dikejar.” Dan dikatakan kepadanya: “Ia juga tempat tinggal yang dijunjung tinggi oleh Tuhan dengan taubat. Beliau mengatakan: “Pendosa mendapatkan keyakinan dari dosanya, tetapi mendapatkan bahaya dari penerimaan atas taubatnya.”
Diriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman kepada Adam: “Wahai Adam, Aku telah mewariskan anak cucumu beban dan penderitaan. Aku juga telah mewariskan kepada mereka taubat. Aku menjawab seorang di antara mereka, yang berdoa dengan sungguh-sungguh kepada Ku sebagaimana kamu telah berdoa kepada-Ku, sama sebagaimana Aku menjawabmu. Wahai Adam, Aku akan membangkitkan orang-orang yang bertaubat dari kubur-kubur mereka dalam keadaan gembira; doa mereka akan Ku-jawab.”
Diriwayatkan seseorang telah bertanya kepada Rabiatul Adawiyah: "Saya telah sering berbuat dosa dan menjadi semakin tidak taat. Tetapi, apabila saya bertaubat, apakah Dia akan mengampuninya?" Rabiatul Adawiyah menjawab: "Tidak!, tetapi apabila Dia mengampunimu, maka engkau akan bertaubat."

Nabi Muhammad SAW bertaubat secara berterusan. Baginda mengatakan: “Hatiku suram, oleh kerana itu aku memohon ampunan Allah 70 kali dalam sehari.”
Yahya bin Muaz RA menyatakan: “Satu pelanggaran saja sesudah taubat lebih patut ditakuti berbanding 70 pelanggaran sebelum taubat.”
"Katakanlah kepada orang-orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang mereka perbuat." (QS An-Nur: 30)
"Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (QS An-Nur: 31)
"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”, oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS Al-Baqarah:222)
"Hanya orang-orang yang mendengar sajalah yang mematuhi, dan orang-orang yang mati (hatinya), akan dibangkitkan oleh Allah, kemudian kepada-Nya-lah mereka dikembalikan." (QS Al-An'am:36)
Wallahua’lam

BFF


Its nice walking together
with an umbrella in the
shade with a friend

It's great and stimulating
to get loving words
from a friend

Even being with a friend
talking nothing is
a pleasure

Even a tragedy being
with a friend
seems comedy

Silly things too seems
so nice when it's
done with a friend 
 
Decision with a friend
is easy, coz they
will decide on what u like

Life with a friend is heaven

Life is sweeeeeeet
 aving a friend

YOUR SMILE IS YOUR BEST
FRIEND._._._.MAKE IT SOME
ONE ELSE'S TOO !
BE HAPPY, IT'S ONE WAY
OF BEING WISE.

Wednesday 21 March 2012

Mengusir Syaitan....

Al-Quran telah banyak mengingatkan kita agar
berwaspada terhadap musuh nombor satu iaitu syaitan.
Jika kesempurnaan mengimani setiap cabang iman dan
Islam dengan mempelajari hukum-hukum yang dikandungnya
seperti halal haramnya, sunah-sunah dan adabnya, maka
sikap waspada kepada syaitan pun harus demikian.
Faktor-faktor penyebab kelemahan dan kemusnahan
seorang islam seperti sifat-sifat keji, fitnah,
bencana dan kerosakan adalah didalangi syaitan. Antara
cara-cara mengusir syaitan ialah:

1. Isti'azah (Berlindung kepada Allah) - Beristiazah
merupakan ubat yang paling mujarab untuk setiap
gangguan syaitan. Allah berfirman: "Dan jika syaitan
mengganggumu dengan suatu gangguan maka mohon
perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Fushilat 36)

2. Membaca surat:Al-Falaq dan surah Annas - Rasulullah
bersabda: "Tidakkah engkau tahu bahawa malam hari ini
turun sejumlah ayat yang belum pernah ada seumpamanya
iaitu :Qul A'uzu birabbil-falaq dan Qul A'uzu birabbin
Naas." (Muslim). Dari Aisyah r.a, Bukhari telah
meriwayatkan bahawa Nabi saw manakala naik ketempat
tidur setiap malam,baginda menghimpunkan dua tapak
tangannya lalu meniupkan seraya membaca: Qulhuwallahu
Ahad,Qul A'uzu birabbil falaq dan Qul A’uzu
birabbinnaas kemudian mengusapkan ke seluruh badannya
mulai dari kepalanya lalu muka dan seluruh bahagian
badan depan sebanyak tiga kali.

3. Membaca ayat Kursi - Ayat Kursi di samping ia
sebagai ayat yang paling agong kerana mengandungi
dasar-dasar tauhid, juga ia laksana petir yang
menyambar setiap syaitan yang mencuba mendekati
seorang muslim saat ia membacanya menjelang tidur.

4. Menundukkan pandangan - Memandang yang diharamkan
oleh Allah merupakan satu pintu syaitan yang paling
berbahaya. Dengannya tidak sedikit orang masuk ke
Jahannam. Dengannya iman menjadi lemah dan
kelazatannya hilang. Dengannya fikiran pula menjadi
keruh akal pun tumpul. Pandangan adalah pangkal dari
kebanyakan bencana dan kejadian yang menimpa umat
manusia. Pandangan menumbuhkan getaran perasaan,
sedang getaran perasaan mendatangkan fikiran yang
aneh-aneh yang melahirkan syahwat dan keinginan buruk.
Sabar menahan pandangan mata jauh lebih mudah dan
lebih ringan daripada menahan sabar derita dan bencana
yang diakibatkannya.

5. Menjauhkan pendengaran dari hal-hal yang batil -
Dalam hal menutup telinga ini kerap para pengikut
kebatilan lebih ketat dari pengikut haq. Para pengikut
kebatilan ini betul-betul menutup telinganya dari haq
rapat-rapat sebagaimana firman Allah S.W.T.: "Dan
sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada
iman) agar Engkau mengampuni mereka. Mereka memasukkan
anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan
bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari)
dan menyombongkan diri dengan amat sangat." (Nuh 7)

6. Syaum (Puasa) - Puasa merupakan ubat pengganti
pernikahan bagi yang belum mampu melakukannya.
Rasulullah bersabda: Dengan puasa dapat melemahkan
atau menahan hawa nafsu yang selalu mengganggunya.
Dengan demikian, puasa atau syaum menjadi penghalang
atau penyumbat pintu syaitan.

7. Nikah - Nikah merupakan satu cara untuk menutup
pintu syaitan, kerana dengan bernikah lebih
terpelihara pandangan dan kemaluan dan dengan menikah
gejolak nafsu syahwat yang ditimbulkan oleh sang musuh
dapat dikendalikan. Rasulullah bersabda: "Wahai
segenap pemuda, barangsiapa diantara kalian yang mampu
untuk menikah, maka menikahlah. Dan barangsiapa yang
tidak mampu hendaklah ia berpuasa, kerana puasa akan
menjadi perisai baginya." (Hadis Riwayat Bukhari)

8. Memperkukuhkan ikatan kekeluargaan (Ikatan
Rumahtangga) - Salah satu pintu syaitan ialah bercerai
berai. Antara faktor yang dapat menjamin jalinan
kekeluargaan dalam Islam ialah memilih isteri yang
solehah,menjauhkan kemampuan dari masyarakat jahiliah,
hidup di tengah masyarakat yang Islamik, mendidik
putera-puteri dengan pendidikan Islam dan sebagainya.
Rasulullah bersabda: "Orang yang paling baik di antara
kalian ialah yang paling baik akhlaknya terhadap
keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik
terhadap keluargaku."

9. Muhasabah (Memeriksa diri) - Cara ini digunakan
untuk mengubati penyakit yang timbul saat
mempraktikkan amal jamaah (kerja bersama), riyak, suka
populariti dan sebagainya. Semua penyakit ini ditabur
oleh iblis ditengah-tengah jalan sang penyeru
kebenaran agar menyimpang dan gagal. Allah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada
Allah, hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang
telah diperbuatkan untuk hari esok." (Al-Hasyr 18)

10. Mengenali hakikat dunia - Al-Quran telah
memberikan gambaran begitu indah tentang dunia melalui
ayat: "Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia)
kehidupan dunia adalah sebagai air hujan yang Kami
turunkan dari langit, maka menjadi subur kerananya
tumbuh-tumbuhan di muka bumi, lalu tumbuh-tumbuhan itu
menjadi kering yang diterbangkan angin." (Al-Kahfi
45). Rasulullah bersabda: "Dunia dibanding akhirat tak
lain bagaikan seseorang memasukkan sebuah jari
tangannya kelautan, lalu ia angkat kembali jari
tersebut dengan air yang dibawahnya (yang melekat
padanya)." (Muslim)

11. Komitmen terhadap jemaah - Komitmen terhadap
jemaah muslim yang baik merupakan suatu hal yang tidak
diingini oleh musuh Allah, kerana jemaah yang baik
salah satu penyelamat dari neraka ketika sang musuh
mengajak para pendukungnya ke neraka. Manusia itu
terpengaruh oleh lingkungan yang mengelilinginya dan
kebanyakkannya ia diwarnai oleh sifat-sifat masyarakat
dimana ia hidup dan berkembang. Rasulullah bersabda:
"Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci).
Ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau
Majusi." (Bukhari)

12. Kata-kata lembut dan ucapan yang baik. - Kata-kata
yang baik merupakan ubat untuk mengusir bisikan
syaitan dari sebarang kejahatan firman Allah: "Dan
katakanlah kepada hamba-hambaKu, Hendaklah mereka
mengucapkan perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya
syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara
mereka…" (Al-Isra 53) Kata-kata yang baik itu sedekah
dan juga dapat menghindarkan diri dari api neraka.
Rasulullah bersabda: "Takutlah kamu dari neraka
sekalipun dengan (sedekah) sebiji kurma. Jika tidak
mendapatkannya, maka hendaklah dengan kata-kata yang
baik." (Bukhari)

Renungan.....

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada  mereka... .. 

Pernahkah
 anda menatap orang-orang yang anda sayang saat  mereka sedang tidur? 
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang  tidur. 


Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling  jujur 
dari seseorang. 

Seorang artis yang ketika di panggung begitu  cantik dan gemerlap pun 
akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.  


Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak 
wajah bengisnya. 

Perhatikanlah
 ayah anda saat beliau sedang tidur.  Sedarilah, betapa badan yang dulu 
kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,  betapa rambut-rambut 
putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai  terpahat di 
wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk  kesejahteraan
 kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal  perut 
kita kenyang dan pendidikan kita lancar. 


Sekarang,
 beralihlah. ...  Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput 
dan tangan yang dulu halus  membelai- belai tubuh bayi kita itu kini 
kasar kerana menempuhi kehidupan yang  mencabar demi kita. Orang 
inilah 
yang tiap hari menguruskan keperluan kita.  Orang inilah yangpaling 
rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata  kerana rasakasih 
dan
 sayang, dan sayangnya, itu
 sering kita salah ertikan.  

Cubalah
 menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah,  Ibu, 
Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya... 


Rasakanlah
  sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir 
 perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. 


Rasakanlah
  getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya 
pengorbanan  yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan
 anda. Pengorbanan yang  kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil 
yang entah kenapa selalu saja  nampak besar. 

Secara
 ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan  tampak lagi melalui 
wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang  kadang 
melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.
Dan  ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap 
segalanya.Tanpa kata,  tanpa suara dia berkata... "betapa 
lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan  penyebab lelah dan penat itu? 
Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah  KITA... .. 


Suami
 yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang
 bekerja  keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, 
anak, dan sahabatyang  telah menemani hari-hari suka dan duka bersama 
kita. 

Resapilah
  kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap 
wajah-wajah  mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu 
seketika menerpa jika  mengingat itu semua. 


Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka  "orang-orang 
terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "   

Tuesday 20 March 2012

Renungan bersama..........


Assalaamu'alaikum, Saudara-saudariku. ..

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:


Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".


Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."


Atau....
 
 
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
 

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
 
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."
 
Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
 
respons seperti ini:
 
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
 

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,

Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,

Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
 
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
 
neraka,silahkan tu nggu sampai Anda tiba di sini!!"
 
Atau mungkin juga Anda mendengar ini :


Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."
 
atau...
 
Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."
 
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
 

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.


Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
 
 
2 : solat Subuh
 
4 : solat Zuhur
 
4 : solat Asar
 
3 : solat Maghrib
 
4 : solat Isya
 
Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483
 

2 : solat Subuh
 
8 : solat Dhuha
 
4 : solat Zuhur
 
4 : solat Asar
 
3 : solat Maghrib
 
4 : solat Isya
 
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
 
3 : Solat Witir
 
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
 
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.
 
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!


Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya
 

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"


7 Kalimah ALLAH:
 
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
 
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
 
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika l idah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi
 
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
 
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan
 
menerima musibah.
 
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang
 
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
 
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..
 
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
 
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :


1. Biarka n E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya-Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.
 
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.
 
Amin....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...